fbpx
  • Articles
  • Corporate
  • Contact Us


Terma & Syarat


  1. Peraduan ‘Vote And Win’ Yee Lee akan berlangsung dari 6 AUG 2021 hingga 12 AUG 2021 (“Tempoh Peraduan”). YL Brands Sdn. Bhd. (1408944-P) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 6 AUG 2021) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.
  3. Jenama yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Red Eagle.
  4. Untuk menyertai Peraduan:
    1. Peserta perlu LIKE dan FOLLOW Facebook Red Eagle @redeagleofficial
    2. Undi produk Red Eagle yang paling digemari secara pilihan daripada simbol emoji yang ditetapkan.
    3. Tag tiga (3) kawan di ruangan komen.
    4. Tiada had untuk tag, tetapi nama yang di tag di ruangan komen perlu berlainan.
    5. Setiap penyertaan hanya layak untuk dipilih sebagai pemenang untuk sekali sahaja.
    6. Sepuluh (10) penyertaan bertuah dengan semua jawapan yang betul akan dipilih oleh Yee Lee Group sebagai pemenang mengikut budi bicara Yee Lee Group.
  5. Cara pemilihan pemenang:
    1. Hadiah Khas x 10
    2. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kaedah cabutan secara rawak.
    3. Pemenang yang layak akan diminta menghubungi kita melalui Facebook Messenger dalam tempoh 2 hari selepas keputusan nama pemenang dimaklumkan di dalam Facebook Red Eagle. Pemenang dikehendaki memberi maklumat peribadi untuk menuntut hadiah.
    4. Sekiranya peserta tiada balasan dalam 48 jam, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
    5. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'.
    6. Tarikh pengumuman keputusan cabutan bertuah adalah 16 AUG 2021.
  6. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan penggunaan hadiah-hadiah.
  7. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.
  8. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan- perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan pihak Penganjur melalui khidmat pelanggannya di consumercare@yeelee.my bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.
  9. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.
  10. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut.
  11. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan.