• Home
  • About
  • Contact Us

Terma & Syarat

  1. Peraduan Menang! Menang! Menang! Yee Lee akan berlangsung dari 1 Ogos 2019 hingga 30 September 2019 (“Tempoh Peraduan”). Yee Lee Trading Co. Sdn. Bhd. (7849-A) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Ogos 2019) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.
  3. Jenama yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Red Eagle, Vesawit, SunLico, NeuVida, Vecorn, Vesoya, Cactus, Sabah Tea, Sabah Tea Tarik, Red Chef, MorningKiss, KIZZ dan Sunplus.
  4. Untuk menyertai Peraduan:
    1. Para peserta dikehendaki membeli mana-mana produk jenama yang turut serta bernilai RM5.00 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan. Satu (1) resit melayakkan peserta untuk menghantar SAMA ADA satu (1) penyertaan borang ATAU satu (1) penyertaan WhatsApp. Untuk setiap pembelian bernilai RM5.00, peserta akan menerima satu (1) penyertaan Peraduan secara automatik.
    2. Melalui borang penyertaan:
      1. Isikan butiran peribadi dan lengkapkan borang penyertaan. 
      2. Lampirkan resit tunggal asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan pembelian produk jenama yang turut serta sebagai bukti pembelian. 
      3. Hantar penyertaan melalui pos biasa ke: Peraduan Menang! Menang! Menang! Yee Lee, Peti Surat 3201, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. 
      4. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan bukti pembelian yang ditetapkan. 
      5. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat. 
      6. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik. 
      7. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak dan lewat atau penyertaan tanpa resit yang betul atau sah. 
    3. ATAU


    4. Melalui WhatsApp: 
      1. Jawab satu soalan: “Malaysia Akan Meraikan Kemerdekaan Yang Ke-62 Pada Tahun Ini? YA atau TIDAK ”. 
      2. Hantar butiran berikut melalui WhatsApp ke 010-830 6262: 
        • Gambar jelas seluruh resit tunggal asal; 
        • Jawapan kepada soalan; 
        • Nama penuh seperti Kad Pengenalan; 
        • Nombor Kad Pengenalan; 
      3. Simpan resit asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan WhatsApp sebagai bukti pembelian. 
      4. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan WhatsApp yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan bukti pembelian yang berlainan bagi setiap penyertaan. 
      5. Para peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan WhatsApp dengan bukti pembelian yang sama kepada pihak Penganjur. 
      6. Hanya resit-resit asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak dan/atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan. 
      7. Peraduan akan bermula pada jam 12:00 pagi dan berakhir pada jam 11:59 malam, sepanjang Tempoh Peraduan. 
      8. Memandangkan talian 010-830 6262 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, tiada perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua penyertaan yang dikemukakan/ dihantar oleh peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp. Sebarang pertanyaan/panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan. 
      9. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta apa-apa caj yang dikenakan untuk menghantar penyertaan, jika ada. 
      10. Para peserta hanya boleh menyertai Peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja. 
      11. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej WhatsApp dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini. 
  5. Cara pemilihan pemenang: 
    1. Hadiah Utama x 1: 
      1. Pemenang Hadiah Utama yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 2, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 25,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 12,500. Maka penyertaan layak ke-12,500 akan disenarai pendekkan sebagai pemenang layak Hadiah Utama. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-12,500 adalah penyertaan layak ke-12,499. 
    2. Hadiah Pertama x 2: 
      1. Para pemenang Hadiah Pertama yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 12. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 25,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 12 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 2,083. Maka penyertaan layak ke-2,083, ke-4,166, ke-6,249 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Penyertaan pertama dan ke-7 yang disenarai pendekkan adalah pemenang Hadiah Pertama yang layak. Penyertaan lain yang disenarai pendekkan bermula daripada penyertaan ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, sekiranya penyertaan pertama yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-2 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian. Sekiranya penyertaan ke-7 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-3 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian dan seterusnya. 
    3. Hadiah Kedua x 10 dan Hadiah Ketiga x 10: 
      1. Para pemenang Hadiah Kedua dan Hadiah Ketiga yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 120. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 25,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 120 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 208. Maka penyertaan layak ke-208, ke-416, ke-624 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Penyertaan pertama, ke-7, ke-13 dan seterusnya yang disenarai pendekkan adalah pemenang yang layak. Penyertaan lain yang disenarai pendekkan bermula daripada penyertaan ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, sekiranya penyertaan ke-7 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-2 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian. Sekiranya penyertaan ke-13 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-3 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian dan seterusnya. 
      2. Daripada dua puluh (20) pemenang layak, pemenang layak pertama, ke-3, ke-5 dan seterusnya adalah pemenang Hadiah Kedua dan pemenang layak ke-2, ke-4, ke-6 dan seterusnya adalah pemenang Hadiah Ketiga. 
    4. Hadiah Khas x 100: 
      1. Para pemenang Hadiah Khas yang layak akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 600. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 25,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 600 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 41. Maka penyertaan layak ke-41, ke-82, ke-123 dan seterusnya akan disenarai pendekkan. Penyertaan pertama, ke-7, ke-13 dan seterusnya yang disenarai pendekkan adalah pemenang Hadiah Khas yang layak. Penyertaan lain yang disenarai pendekkan bermula daripada penyertaan ke-2, ke-3, ke-4 dan seterusnya akan menjadi pemenang gantian, sebagai contoh, sekiranya penyertaan ke-7 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-2 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian. Sekiranya penyertaan ke-13 yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, penyertaan ke-3 yang disenarai pendekkan akan menjadi pemenang gantian dan seterusnya. 
    5. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. 
    6. Para pemenang yang layak daripada penyertaan WhatsApp dikehendaki menghantar melalui Pos Laju/kurier semua resit bercetak asal (dengan butiran resit yang sepadan dengan semua penyertaan WhatsApp) berserta salinan kad pengenalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. 
  6. Hadiah-hadiah Peraduan: 
    1. Hadiah Utama x 1: Proton X70 Premium 2WD bernilai RM123,800.00. 
    2. Hadiah Pertama x 2: RM38,000 wang tunai setiap satu. 
    3. Hadiah Kedua x 10: RM8,000 wang tunai setiap satu. 
    4. Hadiah Ketiga x 10: Pakej Percutian 3H2M dan RM2,000.00 wang poket setiap satu. 
    5. Hadiah Khas x 100: Hamper Yee Lee bernilai RM62.00 setiap satu. 
    6. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan. 
    7. Hadiah Utama tidak termasuk insurans, pendaftaran dan cukai jalan, di mana kos-kos tersebut akan ditanggung oleh pemenang. Pihak Penganjur berhak menukar warna kereta ke warna yang lain. 
    8. Kesemua hadiah Peraduan mestilah dituntut oleh pemenang atas perbelanjaan sendiri dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut enam puluh (60) hari selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur. 
    9. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'. 
  7.  Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk Peraduan dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab peserta dan pemenang sepenuhnya. 
  8. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan ini dan penggunaan hadiah-hadiah. 
  9. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur. 
  10. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan- perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan pihak Penganjur melalui khidmat pelanggannya di consumercare@yeelee.my bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka. 
  11. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur. 
  12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut. 
  13. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan.

OUR

BRANDS,

OUR

PASSION.