fbpx
  • Articles
  • Corporate
  • Contact Us


Terma & Syarat


  1. Peraduan Menang! Menang! Menang! Yee Lee akan berlangsung dari 1 Ogos 2020 hingga 30 September 2020 (“Tempoh Peraduan”). Yee Lee Corporation Bhd Group. 196801000232 (7849-A) (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Ogos 2020) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.
  3. Jenama yang turut serta dalam Peraduan ini adalah Red Eagle, Vesawit, SunLico, NeuVida, Vecorn, Vesoya, Spritzer, Sabah Tea, Red Chef, MorningKiss, KIZZ dan Sunplus.
  4. Cara Penyertaan:
    1. Para peserta dikehendaki membeli mana-mana produk jenama yang turut serta bernilai RM6.00 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan. Satu (1) resit melayakkan peserta untuk menghantar SAMA ADA satu (1) penyertaan menerusi laman sesawang rasmi.
    2. Cara penyertaan:
      1. Imbas kod QR yang tercetak di poster, risalah, papan buletin, siaran akhbar, ataupun di laman sesawang rasmi dengan menggunakan telefon bimbit peranti pintar anda.
      2. Isikan butiran peribadi dan lengkapkan borang penyertaan dalam talian di laman sesawang rasmi.
      3. Jawab soalan di laman sesawang rasmi dalam Tempoh Peraduan.
      4. Muat naik resit, lampirkan resit tunggal asal yang bertarikh dalam tempoh peraduan dengan pembelian produk jenama yang turut serta sebagai bukti pembelian.
      5. Pemenang akan menerima panggilan daripada pihak kami di +6010-230 7276 untuk tujuan pengesahan maklumat peribadi.
      6. Ganjaran kredit Touch ‘n Go akan disalurkan ke dalam eWallet pemenang.
      7. Senarai pemenang lengkap akan diumumkan setelah peraduan tamat.
  5. Terma dan Syarat:
    1. Simpan resit asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan sebagai bukti pembelian.
    2. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan bukti pembelian yang berlainan bagi setiap penyertaan.
    3. Para peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan bukti pembelian yang sama kepada pihak Penganjur. Jika perserta muat naik lebih daripada satu resit untuk satu pentertaan, hanya resit pertama akan diterima.
    4. Hanya resit-resit asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, disalin semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak dan/atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan.
    5. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta apa-apa caj yang dikenakan untuk menghantar penyertaan, jika ada.
    6. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan rangkaian perkhidmatan jalur lebar dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.
  6. Pemilihan Pemenang:
    1. Hadiah Peringkat Pertama: RM630 x 148 unit
      1. Pemenang Hadiah Istimewa yang layak ditentukan oleh giliran penyertaan setiap bilangan ke-630, misalnya ke-630, ke-1260 dan sebagainya, dengan kemasukan resit yang berlayak.
    2. Hadiah Peringkat Kedua: RM10 x 15852 unit
      1. Pemenang Hadiah Saguhati yang layak ditentukan oleh giliran penyertaan setiap bilangan ke-6 berganda, misalnya ke-12, ke-18 dan sebagainya, dengan kemasukan resit yang berlayak.

      Perhatian: 1 (Satu) pemenang hanya dibenarkan menerima 10 kali kredit Touch ‘n Go eWallet sahaja.

  1. Keputusan Pemenang:
    1. Kami akan mengemukakan senarai pemenang dengan paparan di laman sesawang Yee Lee yeelee.my/menang63 bermula 17hb Oktober 2020.
    2. Wakil Yee Lee akan menghubungi para pemenang melalui panggilan telefon +6010-230 7276 untuk mengesahkan maklumat peribadi.
    3. Sekiranya pemenang gagal menjawab panggilan, 2 lagi panggilan telefon akan diaturkan dalam masa 14 hari bekerja selepas senarai pemenang dikemukakan, berserta dengan pesanan SMS sebagai bukti panggilan.
  1. Penerimaan Kredit:
    1. Pemenang yang berjaya mengesahkan maklumat peribadi melalui panggilan telefon akan mendapat kredit eWallet Touch ‘n Go yang bakal disalurkan ke dalam eWallet Touch ‘n Go kepunyaan pemenang. 
    2. Proses penyaluran kredit mengambil masa selama 14 hari bekerja.
    3. Namun, semua hadiah kredit yang gagal dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dibatalkan dan dihapuskira.
  1. Pihak Penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan.
    1. Kredit pemenang akan gagal disalurkan ke eWallet sekiranya:
      1. Nombor telefon bimbit tidak berpadan dengan sebarang ID eWallet yang berdaftar.
      2. ID eWallet bawah akaun penerima tersekat, tergantung atau terbatal.
      3. Baki eWallet mencapai nilai maksimum ataupun kredit yang bakal disalurkan akan menyebabkan baki eWallet mencecah had nilai RM5,000.
         
  2. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk Peraduan dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab peserta dan pemenang sepenuhnya
  1. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur
  1. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan- perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan pihak Penganjur melalui khidmat pelanggannya di consumercare@yeelee.my bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka
  1. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur
  1. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu pada bila-bila masa dan para peserta akan terikat dengan perubahan tersebut
  1. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan