• Home
  • About
  • Contact Us

Peraduan Menang! Menang! Menang! 2020

Soalan Lazim Peraduan

  1. Bagaimanakah saya boleh menyertai peraduan ini?
    1. Para peserta dikehendaki membeli mana-mana produk jenama yang turut serta bernilai RM6.00 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai yang turut serta dalam Tempoh Peraduan.
    2. Cara penyertaan:
      1. Imbas kod QR yang tercetak di poster, risalah, papan buletin, siaran akhbar, ataupun di laman sesawang rasmi dengan menggunakan telefon bimbit peranti pintar anda.
      2. Isikan butiran peribadi dan lengkapkan borang penyertaan dalam talian di laman sesawang rasmi.
      3. Jawab soalan di laman sesawang rasmi dalam Tempoh Peraduan.
      4. Muat naik resit, lampirkan resit tunggal asal yang bertarikh dalam tempoh peraduan dengan pembelian produk jenama yang turut serta sebagai bukti pembelian.
      5. Pemenang akan menerima panggilan daripada pihak kami di +6010-230 7276 untuk tujuan pengesahan maklumat peribadi.
      6. Ganjaran kredit Touch ‘n Go akan disalurkan ke dalam eWallet pemenang.
      7. Senarai pemenang lengkap akan diumumkan setelah peraduan tamat.
  2. Apakah jenama produk yang terlibat dalam peraduan ini?
    Red Eagle, Vesawit, SunLico, NeuVida, Vecorn, Vesoya, Spritzer, Sabah Tea, Sabah Tea Tarik, Red Chef, MorningKiss, KIZZ and Sunplus.
  3. Adakah saya perlu menunjukkan resit asal untuk proses pengesahan kelayakan pemenang?
    Ya, simpan resit asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan sebagai bukti pembelian.
  4. Bolehkah saya menggunakan resit yang sama untuk menyertai peraduan sekali lagi?
    Tidak dibenarkan, satu (1) resit melayakkan peserta untuk menghantar SAMA ADA satu (1) penyertaan menerusi laman sesawang rasmi. Selain itu, para peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan dengan bukti pembelian yang sama kepada pihak Penganjur. Jika perserta muat naik lebih daripada satu resit untuk satu pentertaan, hanya resit pertama akan diterima.
  5. Bolehkah saya membeli jenama produk secara dalam talian?
    Ya. Pembelian secara dalam talian dengan bukti pembelian daripada sebarang platform dalam talian adalah sahih.
  6. Bolehkah seseorang peserta yang menang menerima kredit Touch ’n Go lebih daripada 1 kali?
    Ya, 1 (satu) pemenang hanya dibenarkan menerima 10 kali kredit Touch ‘n Go eWallet sahaja.
  7. Bolehkah ahli keluarga terdekat kepada kakitangan yang digaji oleh peruncit Yee Lee atau Yee Lee Trading menyertai peraduan ini?
    Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Ogos 2020) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.
  8. Bagaimanakah saya dapat mengetahui bahawa saya telah memenangi kredit Touch ’n Go eWallet?
    1. Wakil Yee Lee akan menghubungi para pemenang melalui panggilan telefon +6010-230 7276 untuk mengesahkan maklumat peribadi.
    2. Sekiranya pemenang gagal menjawab panggilan, 2 lagi panggilan telefon akan diaturkan dalam masa 14 hari berkerja selepas senarai pemenang dikemukakan, berserta dengan pesanan SMS sebagai bukti panggilan.
  9. Bagaimanakah saya boleh menerima hadiah kredit melalui Touch ’n Go eWallet?
    1. Pemenang yang berjaya mengesahkan maklumat peribadi melalui panggilan telefon akan mendapat kredit eWallet Touch ‘n Go yang bakal disalurkan ke dalam eWallet Touch ‘n Go kepunyaan pemenang.
    2. Proses penyaluran kredit mengambil masa selama 14 hari berkerja.
    3. Namun, semua hadiah kredit yang gagal dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dibatalkan dan dihapuskira.
  10. Siapakah yang saya boleh menghubungi untuk maklumat lanjut?
    consumercare@yeelee.my atau membuat panggilan telefon di talian khidmat pelanggan 010-230 7276.

OUR

BRANDS,

OUR

PASSION.